JUMLAH PELAWAT

Tuesday, January 25, 2011

Pengalaman Nernny Agro Farm Dengan Kambing Yang Baru Datang

     Saat yang dinantikan telah tiba, pada 26 November 2010 (Jumaat) Nernny Agro Farm telah menerima 2 ekor Buck (jantan) dan 20 ekor (Doe) betina kambing boer cross jenis F1, F2 dan F3 dari Jabatan Pertanian Bahagian Bintulu yang di datangkan dari Australia. Kambing yang datang tidak berapa sihat mungkin terlampau jauh perjalanan, menyebabkan 3 ekor kambing mengalami sakit berak cair (Diarea) dan yang lainnya masih belum dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling tempat barunya dan pemakanan. Secara teorinya kambing yang baru berpindah akan mengalami stress dan menyebabkan beberapa ekor akan mengalami kematian, itu yang telah berlaku kepada kami apabila 2 ekor kambing telah mati desebabkan stress dan penyakit berak cair (Diarea) yang teruk, manakala seekor diberi suntikkan antibiotik dan pulih sepenuhnya. Pada hari ini setelah 2 bulan barulah kambing tersebut dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan makanan yang diberikan.
     Itu adalah satu cabaran yang berlaku kepada penternakan yang baru menceburan bidang ini, dengan usaha dan tanpa putus asa, kejayaan akan memihak kepada orang yang berusaha dengan tekun dan berkeja keras. Setakat ini Nernny Agro Farm mempunyi sebanyak 30 ekor kambing, 19 ekor betina telah dikahwinkan dan 9 ekor betina belum cukup matang lagi untuk dikahwinkan mungkin dalam bulan April sudah cukup matang.

Sunday, January 2, 2011

Pembersihan Kandang Dilakukan Setiap Pagi Sebelum Memberi Kambing Makan. Ini Adalah Perlu Kerana Kesihatan Kambing Perlu Di Jaga.

selepas kandang di bersihkan, kambing perlu di perhatikan untuk memastikan kambing dalam keadaan yang sihat.
selepas pemerhatian dijalankan,kambing dalam keadaan yang baik,barulah di beri makan..kambing diberi makan serbuk sagu, jagung dan hampas padi.